Netizen telah mendapati bahawa salah satu lagu BABYMONSTER kedengaran sama seperti lagu BLACKPINK.
Pada 28 Mac, sampel lagu album terbaru BABYMONSTER telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi kumpulan itu. Di mana, ianya telah menarik perhatian ramai.
Terutamanya kerana rata-rata peminat yang mendengari sampel tersebut merasakan bahawa salah satu lagu mereka yang bertajuk “Sheesh” kedengaran sama seperti lagu “How You Like That” daripada BLACKPINK.
Malah, ianya terlalu sama sehingga menyebabkan rata-rata peminat serta netizen telah menuduh BABYMONSTER cuba untuk meniru BLACKPINK
#BABYMONSTER [BABYMONS7ER] TRACK SAMPLER
BABYMONSTER 1st MINI ALBUM [BABYMONS7ER]
✅2024.04.01 0AM (KST)Pre-order
➡️https://t.co/sjL6Qothuj🎬https://t.co/HuGHsR9uGd#베이비몬스터 #1stMINIALBUM #BABYMONS7ER #TRACK_SAMPLER #20240401_0AM #YG pic.twitter.com/9UusvIgzXX
— BABYMONSTER (@YGBABYMONSTER_) March 28, 2024
Antara komen peminat serta netizen ialah,
Lagu utama mereka paling teruk, ianya kedengaran sangat sama seperti ‘How You Like That’.
YG dah tak ada idea lain ke?
Mereka nak sangat jadi BLACKPINK..
Rentak lagu ‘Sheesh’ memang sangat sama seperti lagu ‘How You Like That’.
Mengecewakan betul.
Apa pendapat korang lepas dengar sampel lagu BABYMONSTER ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.