Ikuti Kami:

Tahniah! Yoon Kyesang Bakal Barkahwin Dengan Kekasih Bukan Selebriti

Tahniah! Yoon Kyesang Bakal Barkahwin Dengan Kekasih Bukan Selebriti

Berita yang menggembirakan untuk peminat Yoon Kye-sang di luar sana!

Dikhabarkan bahawa pelakon itu akan menamatkan zaman bujangnya pada musim luruh ini.

Untuk pengetahuan semua, Yoon Kye-sang baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sedang bercinta dengan seorang CEO jenama kecantikan yang lima tahun lebih muda daripadanya dan merupakan seorang popular di media sosial. Wanita itu turut dikenali ramai kerana berjaya memegang jawatan CEO pada usia yang muda menerusi jenama berkenaan.yoon kyesang berkahwinMalah agensi pelakon itu turut mengesahkan berita tersebut,

Yoon Kye-sang dan tunangannya sudah pun berjumpa dengan keluarga masing-masing bagi membincangkan hal perkahwinan mereka. Walaubagaimanapun, disebabkan penyebaran COVID-19, agak sukar untuk mengadakan majlis perkahwinan sekarang. Lantas pasangan itu bercadang untuk mendaftarkan sahaja perkahwinan mereka dahulu.

Tahniah buat Yoon Kye-sang dan pasangannya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...