Utama Celebrity News Tahniah! Son Yejin Umum Sedang Hamil Anak Pertama

Tahniah! Son Yejin Umum Sedang Hamil Anak Pertama

son yejin hamil

Selepas 3 bulan berkahwin dengan Hyunbin, Son Ye-jin menyampaikan berita gembira buat peminatnya.

Menerusi satu entri di Instagram, pelakon wanita berkongsi bahawa dia bakal menjadi ibu tak lama lagi.

Awak dalam keadaan baik kan? Saya baik-baik sahaja. Hari ini, saya ingin berkongsi satu berita gembira dengan berhati-hati.

Satu nyawa baru hadir di sisi kami.

Saya masih terpinga-pinga namun saya merasai perubahan pada badan setiap hari dengan rasa khuatir dan teruja!

Dalam rasa bersyukur ini, saya juga perlu berjaga-jaga, jadi saya masih belum memberitahu sesiapa di sekeliling saya lagi.

Sebelum terlewat, saya ingin berkongsi berita ini bersama peminat dan kenalan yang sudah sekian lama menanti seperti kami.

Kami pasti akan melindungi nyawa berharga yang hadir pada kami ini!

Saya berharap anda juga akan melindungi perkara berharga di dalam hidup anda dan menjalani kehidupan yang sihat…

Semoga bergembira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...