Dunia hiburan Korea dikejutkan dengan berita hubungan cinta antara penyanyi sensasi iaitu Rain dan pelakon wanita terkenal, Kim Taehee suatu masa dahulu. Siapa sangka mereka sebenarnya pasangan kekasih. Selepas itu mereka telah mengikat tali perkahwinan pada Januari 2017 dan menyambut kelahiran cahaya pertama mereka pada Oktober tahun yang sama.
Semakin ceria keluarga pasangan selebriti itu apabila diumumkan bahawa Kim Taehee telah selamat melahirkan anak kedua mereka hari ini! Agensi naungan pelakon wanita itu telah mengeluarkan kenyataan bagi menyampaikan berita gembira ini.
“Kami ingin menyampaikan berita gembira mengenai ahli baru dalam keluarga Kim Taehee dan Rain. Pada pagi 19 Sepetember, Kim Taehee telah melahirkan anak keduanya, seorang bayi perempuan yang sihat di sebuah hospital di Seoul. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan mereka sedang berehat disamping jagaan keluarga tersayang. Kami meluahkan rasa terima kasih dengan kesemua ucapan tahniah dan perhatian yang diberikan. Dia juga akan bekerja keras agar dapat kembali sebagai pelakon yang lebih baik nanti. Sila beri sokongan yang banyak. Terima kasih.”
Tahniah kepada pasangan Kim Taehee dan Rain! Harap kesemua anak-anaknya akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik.
Sumber: Koreaboo