Ikuti Kami:

Tahniah! Kim Jongkook Raih Anugerah Utama Di ‘2020 SBS Entertainment Awards’

Tahniah! Kim Jongkook Raih Anugerah Utama Di ‘2020 SBS Entertainment Awards’

Sampai ke penghujung tahun, sudah pasti pelbagai anugerah akan diadakan bagi meraikan banyak drama, rancangan hiburan serta selebriti yang menjayakannya. Kelmarin, telah berlangsung ‘2020 SBS Entertainment Awards’.

Menjadi pilihan ramai, tidak sangka bahawa Kim Jong-kook yang popular menerusi rancangan “Running Man” berjaya menggenggam anugerah paling besar pada malam itu iaitu Daesang.

Meskipun biasa memenangi Daesang sebagai seorang penyanyi, namun ini adalah kali pertama lelaki itu mendapat pengiktirafan bagi anugerah kategori ‘Hiburan’.

Saya sangat tenang semasa menerima Daesang sebagai seorang penyanyi sehinggakan saya berasa menyesal kemudiannya kerana tidak berseronok sebanyak mungkin pada ketika itu. Itulah sebabnya anugerah ini adalah sangat bernilai. Saya tidak menyediakan sebarang ucapan. Sebagai seorang manusia biasa, saya tak mampu siapkan ucapan tapi saya juga pasti akan kecewa sekiranya tidak memenangia anugerah ini. Selepas anugerah Produser diumumkan, saya terfikir sama ada saya boleh memenangi Daesang. Pada asalnya, saya mula aktif dalam program hiburan untuk mempromosikan karier sebagai penyanyi. Saya bencikannya pada awalnya, jadi apabila Yoo Jae-suk menyuruh saya membuat sesuatu pasti saya akan berkata perlahan ‘Tolonglah jangan’. Namun kini, saya rasakan bahawa program hiburan adalah kehidupan saya.

kim jongkook daesang

Tambahnya lagi,

Ahli ‘Running Man’ sudah bekerja dengan keras. Saya tujukan anugerah ini untuk kesemua ahli.

Bukan sahaja aktif dalam “Running Man” namun Kim Jong-kook juga merupakan ahli tetap untuk rancangan “My Ugly Duckling” di SBS. Dia kemudiannya turut berterima kasih kepada kesemua ahli panel rancangan tersebut selain berjanji akan terus berusaha dengan lebih keras selepas ini.

Bukan sahaja Kim Jong-kook, malah “Running Man” turut memenangi anugerah kategori ‘Golden Content Award’ dan Haha juga dianugerahkan trofi bagi kategori ‘Top Excellence Award (Show/Variety)’.

kim jongkook daesang

Sayu pula rasa apabila melihat Kim Jong-kook cuba menahan air matanya. Apa pun, Tahniah sekali lagi buat Kim Jong-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...