Ikuti Kami:

Tahniah! Kim Dami Dipilih Sebagai Duta Korea Bagi Jenama Mewah Itali ‘FENDI’

Tahniah! Kim Dami Dipilih Sebagai Duta Korea Bagi Jenama Mewah Itali ‘FENDI’

Kim Da-mi memang antara pelakon Korea yang mempunyai kecantikan unik, kan?

Terbaru pada 11 Mei, jenama fesyen global ‘Fendi’ telah mengumumkan pelakon popular Kim Da-mi, sebagai duta Korea terbaru mereka.

Untuk pengetahuan, ‘Fendi’ ialah sebuah jenama fesyen mewah Itali yang mengeluarkan bulu, pakaian sedia untuk dipakai (RTW), barangan kulit, kasut, wangian, cermin mata, jam tangan dan aksesori. Ditubuhkan di Rom pada tahun 1925, ‘Fendi’ terkenal dengan aksesori bulu dan barangan kulitnya.

Kim Da-mi turut meluahkan perasaanya setelah dipilih sebagai duta Korea bagi ‘Fendi’. Katanya,

‘Fendi’ sentiasa sinonim dengan inovasi dan eksperimen, menawarkan sudut pandangan yang berbeza dan kreatif dalam dunia fesyen. Ia benar-benar satu penghormatan dan kegembiraan untuk saya menjadi sebahagian daripada keluarga ‘Fendi’.

fendi korean ambassador

Sekadar info, selebriti Korea lain yang juga merupakan duta bagi jenama ‘Fendi’ ialah Lee Min-ho, Song Hye-kyo dan Jackson GOT7.

Tahniah Kim Da-mi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...