Ikuti Kami:

Tahniah! John Park Umum Bakal Berkahwin

Tahniah! John Park Umum Bakal Berkahwin

Semakin ramai yang melangsungkan perkahwinan dalam dunia hiburan Korea!

Terbaru, penyanyi John Park mengumumkan menerusi sepucuk surat bahawa dia bakal berkahwin dengan kekasih bukan selebriti di Seoul pada 12 Jun nanti.

Ulas agensinya,

Majlis perkahwinan itu akan berlangsung secara tertutup disebabkan berjaga-jaga dalam situasi COVID-19 kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by John Park 존박 (@johnparkgram)

Kongsi John Park,

Rasanya baru semalam saya membuat kemunculan pertama dengan penampilan yang dungu di usia 23 tahun tapi sudah 12 tahun berlalu kini. Ianya tak akan terjadi tanpa sokongan dan kasih sayang peminat. Saya sudah berjanji untuk berkongsi masa hadapan dengan seseorang yang mengajar saya erti bahagia.

Tambahnya lagi,

Awak mungkin terkejut dengan berita yang tiba-tiba ini, namun ia juga akan merestui awak untuk permulaan yang baru, sama seperti kasih sayang yang diberikan sebagai sokongan buat saya. Saya akan hidup bahagia sentiasa.

john park

Untuk pengetahuan, John Park popular selepas memasuki top 2020 musim ke-9 ‘American Idol’ sebelum menempa nama di Korea sebagai pemenang tempat kedua ketika musim ke-2 “Superstar K”.

Dalam pada itu, John Park sudah setahun menjalinkan hubungan romantik bersama kekasihnya itu.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...