Jo Bo-ah ada berita gembira buat semua!
Terbaru pada 28 Ogos, agensi mengumumkan bahawa Jo Bo-ah akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi dengan kekasihnya yang bukan seorang selebriti.
Kongsi agensi dalam satu kenyataan,
Kami ada berita baik mengenai pelakon Jo Bo-ah. Dia telah bertemu dengan orang yang berharga dan selepas membina kepercayaan serta kasih sayang mendalam antara satu sama lain, Jo Bo-ah memutuskan untuk komited menghabiskan hidupnya bersama lelaki itu pada musim luruh ini.
Tambahnya lagi,
Majlis perkahwinan itu akan diadakan secara tertutup di Seoul atas pertimbangan untuk bakal pengantin lelaki dan kedua-dua keluarga. Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada semua orang yang sentiasa menyokong Jo Bo-ah. Kami akan terus membalas kasih sayang yang anda berikan kepada kami dengan lakonan hebatnya.
Tahniah Jo Bo-ah dan pasangan!