Utama Celebrity News Tahniah! Jeon Hyebin Umum Hamil Anak Pertama

Tahniah! Jeon Hyebin Umum Hamil Anak Pertama

jeon hyebin

Nampaknya ada berita gembira buat pelakon Jeon Hye-bin!

Selepas 3 tahun berkahwin, wanita itu disahkan bakal menimang cahaya mata dan kandungan tersebut sudah pun berusia 3 bulan kini.

Ulas agensinya,

Memang benar Jeon Hye-bin sedang dalam fasa awal kehamilan. Dia sedang berseronok dengan pendidikan penjagaan anak kini.

jeon hyebin

Untuk pengetahuan, Jeon Hye-bin berkahwin dengan seorang doktor gigi pada Disember 2019 selepas dua tahun bercinta. Berkenalan menerusi rakan, keduanya menjadi suami dan isteri atas dasar percaya dan hormat antara satu sama lain.

Khabarnya, Jeon Hye-bin dan suami bakal menyambut kelahiran anak sulung mereka pada Oktober nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROSEN
Loading...