Ikuti Kami:

Tahniah! JAY B GOT7 Sah Sedang Bercinta Dengan Jurusolek Kesan Khas PURE.D

Tahniah! JAY B GOT7 Sah Sedang Bercinta Dengan Jurusolek Kesan Khas PURE.D

JAY B GOT7 telah disahkan sedang bercinta dengan seorang jurusolek kesan khas!

Pada 7 Julai, Wiki Tree melaporkan bahawa JAY B sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jurusolek kesan khas dan YouTuber iaitu PURE.D (Kim Do-hyun) selama sembilan bulan kini. Menurut laporan itu, mereka telah diperkenalkan antara satu sama lain melalui seorang kenalan.

Sebagai tindak balas kepada laporan, wakil bagi kedua artis itu memberi respon,

Mereka berhati-hati kerana mereka berdua mempunyai pekerjaan di mana wajah mereka diketahui umum. Mereka telah mengekalkan hubungan baik selama sembilan bulan. Tolong teruskan menyokong mereka.

jay b got7 dating

Untuk pengetahuan, JAY B yang dilahirkan pada 1994 merupakan ketua kumpulan GOT7. Selepas dia keluar dari JYP Entertainment, idola itu kini bernaung di bawah agensi H1GHR MUSIC. Manakala teman wanitanya PURE.D atau nama sebenar Kim Do-hyun dilahirkan pada tahun 1992, dan merupakan jurusolek kesan khas yang telah bekerja untuk pelbagai filem, drama, iklan dan banyak lagi. Dia juga mempunyai saluran YouTube dengan lebih 400,000 keahlian.

Tahniah buat pasangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...