Tahniah! JamJam Jadi Kakak, Soyul & Moon Heejun Sambut Kelahiran Anak Kedua
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Pasangan So-yul dan Moon Hee-jun telah menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka!
Pada 9 September, So-yul mengumumkan di Instagram tentang kelahiran bayi lelaki mereka, bersama dengan gambar tempat makan bayi itu.
Sama seperti anak pertama mereka Hee-yul yang diberikan nama panggilan JamJam, anak kedua mereka ini turut diberikan nama gelaran BboBbo, yang membawa maksud ‘cium’ dalam bahasa Korea.

So-yul berkongsi berita gembira ini kepada semua dengan menulis,
Zon makan BboBbo yang suami saya sediakan. Putera BboBbo rumah kami dilahirkan pada 7 September. Setelah badan saya pulih, mari berjumpa dengan JamJam dan BboBbo.
Untuk pengetahuan, sebelum ini pada Jun 2019, mereka pernah tampil dalam “The Return of Superman” bersama JamJam, dan meninggalkan program itu pada Ogos 2020.
Tahniah Moon Hee-jun dan So-yul!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




