Dah lama bercinta, Gong Min-jung dan Jang Jae-ho akhirnya telah berkahwin!
Pada 6 September, Gong Min-jung dan Jang Jae-ho telah mengadakan majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Seongbuk-gu, Seoul.
Melihat gambar dan video yang dikongsi tetamu yang hadir, majlis itu diadakan di kawasan lapang, yang penuh dengan bunga dan juga pokok untuk menaikkan lagi suasana bahagia pada hari tersebut.
اليوم زواج الممثلة جونغ مينجونغ والممثل جانغ جايهو، الكوبل المتزوج في دراما #MarryMyHusband. 🤍🤍✨#GongMinJung #JangJaeHo pic.twitter.com/9r5AGvFwra
— ʀɪʀɪ (@1R_luvU) September 6, 2024
Selain dihadiri keluarga, majlis itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran kenalan rapat pengantin termasuklah rakan artis dari drama “Marry My Husband” seperti Park Min-young, Lee Yi-kyung, Choi Gyu-ri dan Ha Do-kwon.
Antara ucapan mereka buat pengantin baru ini,
- Semoga hidup awak penuh dengan kebahagiaan.
- Tahniah atas perkahwinan awak!
- Saya gembira untuk awak.
- Pengantin paling cantik!
Tahniah Gong Min-jung dan Jang Jae-ho!