Ikuti Kami:

Tahniah! BTS Sapu Bersih Semua Anugerah Utama Di ‘2021 Mnet Asian Music Awards’

Tahniah! BTS Sapu Bersih Semua Anugerah Utama Di ‘2021 Mnet Asian Music Awards’

Sampai ke penghujung tahun, banyak majlis berprestij di Korea berlangsung bagi menghargai pelbagai muzik yang diriliskan pada tahun ini.

Pada petang tadi, ‘2021 Mnet Asian Music Awards’ telah berlangsung di CJ ENM Contents World di Paju, Korea Selatan.

Mempertandingkan pelbagai kategori, sudah pasti ‘daesang’ ataupun Anugerah Utama yang menjadi perhatian ramai. Untuk tahun ini, BTS sekali lagi menyapu bersih ketiga-tiga anugerah utama.

bts 2021 mama

Bagi ‘TikTok Album Terbaik Tahunan’, ianya dimenangi oleh album ‘BE’ manakala ‘TikTok Lagu Terbaik Tahunan’ dianugerahkan buat ‘Butter’ dan akhir sekali BTS turut meraih anugerah ‘TikTok Artist Of The Year’.

Selain itu, kumpulan global ini turut memenangi kategori ‘Kumpulan Lelaki Terbaik’ dan ‘Persembahan Kumpulan Lelaki Terbaik’, ‘TikTok Momen Pilihan’ dan ‘TikTok Ikon Seluruh Dunia Terbaik’.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...