Wah! Meriah ya majlis anugerah “2022 MAMA AWARDS”?
Seperti yang semua tahu, semalam berlangsungnya majlis anugerah Mnet, “2022 MAMA AWARDS” yang diadakan di Kyocera Dome, Osaka, Jepun. Turut mencuri perhatian apabila, penyanyi Jeon So-mi merupakan pengacara utama bagi majlis tesebut.
Majlis anugerah yang berlangsung selama dua hari itu, akan diteruskan pula pada hari ini, dan akan diacarakan oleh Park Bo-gum.
https://twitter.com/MnetMAMA/status/1597621376193814528
Pada hari pertama majlis itu, sebanyak 10 nama hebat termasuk BTS dan juga BLACKPINK, telah berjaya memenangi anguerah “Worldwide’s Fan Choice”. Selain memenangi anugerah pilihan peminat, BTS turut memenangi anugerah Daesang, “Yogibo Worldwide Icon Of The Year Award”.
https://twitter.com/MnetMAMA/status/1597625601275269120
Antara 10 nama hebat yang berjaya memenangi anugerah “Worldwide’s Fan Choice” adalah yang pertama, kumpulan Stray Kids. Diikuti dengan kumpulan SEVENTEEN dan juga TREASURE. Seterusnya adalah TXT, GOT7, PSY dan juga NCT Dream. Turut tidak ketinggalan adalah, kumpulan ENHYPEN.
https://twitter.com/MnetMAMA/status/1597617431736123392
https://twitter.com/MnetMAMA/status/1597619415222472704
https://twitter.com/MnetMAMA/status/1597621129837174785
https://twitter.com/MnetMAMA/status/1597623235172237312
10 nama hebat ini juga sempat meluahkan rasa bangga dan turut berterima kasih kepada peminat yang telah banyak menyokong dan bersama mereka sejak karier mereka bermula.
https://twitter.com/MnetMAMA/status/1597622650939281411
Dalam pada itu, anugerah “Favorite New Artis Award” dimenangi oleh kumpulan IVE, NMIXX, LE SSERAFIM dan juga Kep1er. Beberapa ucapan juga sempat diberikan oleh pemenang anugerah “Favorite New Artist Award”.
Terima kasih kepada Dive kerana banyak menyokong kami tahun ini. Kami akan terus berkerja keras, jadi terus berikan sokongan anda! – IVE
https://twitter.com/MnetMAMA/status/1597614835369275392
Tahniah buat semua pemenang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.