Ikuti Kami:

Tahniah! Bekas Atlet Gimnas Berirama Son Yeonjae Bakal Berkahwin Ogos Ini

Tahniah! Bekas Atlet Gimnas Berirama Son Yeonjae Bakal Berkahwin Ogos Ini

Dalam diam, rupanya bekas atlet gimnas berirama Korea iaitu Son Yeon-jae (28) disahkan bakal berumah tangga tak lama lagi.

Umum agensinya,

Ogos ini, Son Yeon-jae akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangan bukan selebriti, yang berusia 9 tahun lebih tua.

Majlis itu akan berlangsung dengan dihadiri rakan terdekat dan keluarga sahaja. Ianya dilakukan secara tertutup sebagai tanda hormat buat pengantin lelaki yang bukan selebriti dan keluarga kedua belah pihak.

son yeonjae

Tambah mereka lagi,

Kami meminta anda memberikan restu buat Son Yeon-jae yang menyaksikan hubungan dan cinta berharga ini bercambah.

Untuk pengetahuan, Son Yeon-jae bersara pada 2017 dan membuka sebuah studio gimnas berirama pada 2019 dan bertindak sebagai CEO premis itu.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...