Ikuti Kami:

TAG Golden Child Hidapi Kegagalan Hati, Agensi Beri Respons Keadaan Terkini

TAG Golden Child Hidapi Kegagalan Hati, Agensi Beri Respons Keadaan Terkini

Baru-baru ini, industri muzik K-Pop digemparkan dengan satu khabar buruk yang melibatkan seorang penyanyi TAG Golden Child yang mana dia kini berada dalam keaadan kritikal.

Agensinya, Woollim Entertainment telah menjelaskan secara rasmi melalui satu laporan bahawa TAG berada dalam keadaan kritikal akibat kegagalan hati. TAG telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di sebuah hospital selepas mengalami gejala kegagalan hati dan kini memerlukan pemindahan hati dengan segera.

Tidak lama selepas itu, Woollim Entertainment turut menjelaskan bahawa sewaktu TAG pergi ke hospital pada hari dia mengalami gejala, dia masih stabil dan kini, TAG tidak berada dalam keadaan kritikal seperti yang dinyatakan oleh pihak media.

tag

Dalam pada itu, ahli kumpulannya, Golden Child sedang melakukan persiapan untuk konsert jelajah pertama mereka di Amerika Syarikat pada Jun ini. Malangnya, TAG disarankan untuk memperlahankan segala aktiviti dan hanya memfokuskan perhatiannya kepada keadaan kesihatan sahaja.

Diharapkan agar proses pemindahan hati TAG nanti akan berjalan dengan lancar sekaligus membolehkan TAG untuk kembali aktif dalam industri.

Doakan TAG okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...