Ikuti Kami:

Taeyong NCT Dituduh Pernah Buli Rakan Sekolahnya Dahulu?

Taeyong NCT Dituduh Pernah Buli Rakan Sekolahnya Dahulu?

NCT merupakan satu kumpulan idola yang mempunyai pelbagai unit kecil di dalamnya dan setiap satu mempunyai identiti tersendiri. Kesemua unitnya ialah NCT U, NCT127, NCT Dream dan WayV. Walaupun mempunyai 21 ahli kumpulan, Taeyong merupakan antara ahli yang dikenali ramai kerana visualnya yang menawan selain berbakat besar dalam nyanyian rap dan tarian. Boleh dikatakan dia adalah ‘wajah’ kepada jenama NCT ini. Jadi apabila ada sesuatu yang berlaku melibatkannya, pasti ia akan mendapat perhatian dan liputan yang meluas. Popular kan!

Namun begitu, ada sedikit khabar buruk yang sedang mengikutinya sekarang ini. Taeyong telah dituduh sebagai seorang pembuli semasa zaman persekolahannya dulu. Menurut salah seorang bekas rakan sekelas juga merupakan antara kawan baiknya idola itu dahulu telah tampil memberikan kenyataan.

Menurut penjelasan rakan sekelas Taeyong itu, rakannya juga turut serta dalam membuli pelajar lain dahulu.

“Dia turut masuk campur apabila kami membuli salah seorang rakan sekelas pada waktu itu. Dia hanya berbuat baik kepada rakan sekelas yang cantik dan ‘cool’ sahaja dan tidak memberikan perhatian yang sama kepada orang yang tidak berada dalam kedudukan yang sama. Saya tiada niat buruk terhadap Taeyong tapi saya mahu dia insaf dan memikirkan semula kesalahannya itu. Saya sangat menyesal dengan perbuatan buruk saya yang dahulu.”

Makin parah kontroversi ini apabila seorang pelatih yang pernah berlatih dengan Taeyong di SM Entertainment turut memberi kenyataan yang bersetuju dengan khabar angin itu.

nct taeyong buli

“Saya dah kenal dia sejak kami bersama-sama menjadi pelatih. Kesemua tuduhan itu adalah benar. Personalitinya sangat teruk, jadi berhenti membela dia.”

Selepas khabar angin ini bertiup kencang, agensi naungan Taeyong iaitu SM Entertainment mendedahkan bahawa mereka telah meminta rekod persekolahan lelaki itu daripada keluarganya. Selepas melakukan siasatan mendalam , didapati tiada tindakan disiplin yang dikenakan kepada Taeyong atas sebab kes buli.

nct taeyong buli sekolah

“Taeyong menyesali segala perbuatan tidak sensitif yang pernah dilakukannya semasa zaman persekolahan di mana pada ketika itu dia masih belum berimpian untuk menjadi penyanyi. Dia memohon maaf kepada semua yang telah disakitinya semasa zaman pelatih dan juga selepas dia membuat kemunculan. Dia juga tidak lupa untuk mengingati segala kesalahannya dan sedang bekerja keras dalam apa-apa jua keadaan.”

Pun begitu, ada juga netizen yang seperti tidak mempercayai kenyataan agensi Taeyong itu dan berharap agar dia benar-benar berubah dan meminta maaf secara terus dengan mangsanya dahulu.

“Walaupun tiada rekod disiplin tak semestinya perkara itu tidak terjadi.”

“Minta maaf secara terus dengan mangsa.”

“Baguslah kalau dia hidup dengan baik sekarang tapi berapa banyak pembuli yang benar-benar dikenakan tindakan disiplin? Mungkin dua orang daripada 100?…”

“Jadi dia mengaku yang dia pernah buli mereka..? Hul..”

“Cara dia membuatkan mangsa rasa bersalah sampai ke sudah. Tak semestinya perbuatan buli tak berlaku sebab tiada tindakan disiplin dikenakan. Jadi dia mengaku ataupun tidak?”

Harapnya Taeyong benar-benar telah berubah dan menyesali perbuatan buruknya jika benar dia melakukannya. Mungkin hal ini sudah lama berlaku tapi trauma yang dialami mangsa mungkin masih dirasai mereka.

Sumber: Allkpop, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...