Ikuti Kami:

Taeyong NCT Buka Saluran YouTube Peribadi ‘TY TRACK’

Taeyong NCT Buka Saluran YouTube Peribadi ‘TY TRACK’

Tae-yong NCT akan berinteraksi dengan peminat melalui saluran YouTube peribadinya!

Pada 14 Mac, Tae-yong NCT mendedahkan bahawa dia telah membuka saluran YouTube peribadinya sendiri, di mana dia berhasrat untuk berkongsi detik dari kehidupan hariannya dan memberi peminat melihat dengan lebih dekat proses kreatifnya.

Saluran YouTube Tae-yong dinamakan ‘TY TRACK’ merujuk kepada barisan ikoniknya dalam “Be Natural” RED VELVET, yang menampilkan Tae-yong semasa dia baru sahaja debut.

Dalam teaser yang dimuat naik, Tae-yong menerangkan bahawa ‘TY TRACK’ akan membolehkannya menunjukkan kehidupan hariannya, seperti projek muzik dan tarian, serta perkara yang berlaku di sebalik tabir persembahan. Bukan itu sahaja, dia juga akan menonjolkan kemahiran memasak, seni dan banyak lagi.

Jangan lupa ‘subscribe’ akaun YouTube Tae-yong dan sama-sama kita nantikan video pertama darinya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...