Ikuti Kami:

Taeyong Kongsi Proses Penulisan Lirik Bagi Lagu Hit NCT ‘Beautiful’

Taeyong Kongsi Proses Penulisan Lirik Bagi Lagu Hit NCT ‘Beautiful’

Tae-yong NCT baru-baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah W Korea!

Dalam sesi temu bual, Tae-yong mengulas tentang proses semasa menulis lirik bagi lagu “Beautiful”, judul lagu bagi album penuh NCT “Universe”. Dia menjelaskan,

Tahun 2021 adalah tahun yang menyedarkan saya bahawa ‘Terdapat banyak perkara yang indah di sekeliling saya’. Saya menyedari bahawa hidup boleh menjadi bahagia dan indah melalui perkara yang paling kecil dan terdapat banyak cara untuk menciptanya. Kerana itu, saya ingin memberitahu orang untuk bergerak ke hadapan ke arah impian mereka, dan dengan itu sahaja, anda boleh berbangga!

Tae-yong juga turut berkongsi tentang apa yang dia lakukan, apabila dia berada dalam keadaan buntu ketika menulis lirik. Jelas Tae-yong,

Saya meminta nasihat daripada orang sekeliling atau mendengar lagu tentang situasi yang serupa dengan saya. Saya mempunyai pemikiran seperti, ‘Saya berada dalam situasi seperti ini, tetapi mengapa begitu?’ ‘Mengapa saya berasa seperti ini?’ ‘Apakah jenis pengalaman yang membawa kepada lagu ini?’ dan ‘Ia serupa dengan saya’. Selepas beberapa hari, saya memikirkan perkara baru untuk ditulis sebagai lirik. Selain itu, ketika saya mandi atau mengemas bilik, ia adalah waktu terbaik saya dapat menyusun lirik.

nct taeyong

Dari segi jenis artis yang Tae-yong mahu jadi di masa hadapan, dia berkongsi,

Saya mahu lagu dan lirik yang saya tulis menjadi kekuatan kepada orang lain. Sebagai pelatih, selepas saya mengetahui ‘Saya seorang yang merasakan kebahagiaan sambil memberi kebahagiaan kepada orang lain’, saya mahu menyokong orang lain melalui kerja yang saya mahir. Saya suka mencipta persembahan dan saya juga suka menggerakkan emosi orang lain. Selepas terus melakukan kerja ini, suatu hari nanti saya ingin menjadi pengarah konsert atau koreografer, dan hidup sambil membantu dan memberi arahan kepada artis yang bekerja, sambil memikirkan pemikiran yang sama seperti saya.

Jom dengar lagu yang ditulis oleh Tae-yong, iaitu “Beautiful” nyanyian NCT!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...