Sebelum ini, nama Tae-il telah hangat menjadi bualan selepas didakwa terlibat dengan kes jenayah seksual.
Pada 7 Oktober, Tae-il bekas ahli NCT dilaporkan telah disiasat pada minggu lalu atas tuduhan merogol seorang gadis mabuk, bersama dua rakannya. Difahamkan bahawa rakannya itu bukanlah selebriti ataupun orang terkenal.
Menurut laporan, selepas lelaki itu disiasat oleh Balai Polis Bangbae, kes tersebut terus dibawa ke Pejabat Pendakwa Pusat Seoul. Namun, mereka masih belum memanggil Tae-il untuk siasatan lanjut.
Sebagai respon, SM Entertainment berkata,
Kes itu sedang disiasat dan sukar untuk memberikan kenyataan pada masa ini.
Jika Tae-il mengakui pertuduhan ini, dia boleh berdepan hukuman penjara lebih tujuh tahun mengikut undang-undang, kerana dua orang atau lebih telah bekerjasama untuk merogol seseorang yang tidak sedarkan diri.
Nantikan info lanjut.