Ada tak yang sedang layan drama di Astro iaitu “Ulya Dini”?
Mengangkat mengenai kisah seorang wanita cantik yang mengalami trauma semasa kecil kerana sering diejek dek tubuh badan yang sedikit gempal, ianya nyata disukai penonton Malaysia memandangkan setiap episod drama berkenaan sentiasa tular di media sosial.
Bukan sahaja plotnya, namun pelakon utamanya iaitu Hun Haqeem turut menjadi sebutan ramai. Tampil dengan rambut yang sedikit panjang, rata-rata mengatakan bahawa dia kelihatan seperti orang Korea.
Bahkan sebuah video suntingan babak Hun Haqqem di dalam “Ulya Dini” di TikTok tular baru-baru ini.
@frxyoung #ulyadini #hunhaqeem #fypシ ♬ AAAAAAH – <3
Menjengah ke ruangan komen, semuanya menyamakan pelakon lelaki itu dengan ahli kumpulan terkenal iaitu BTS, V ataupun Kim Tae-hyung.
Hampir keseluruhan komen mempersetujui bahawa penampilan Hun Haqeem di dalam drama ini mempunyai sedikit persamaan dengan V.
Bagi yang nak tonton lebih banyak ‘V Hun’ ini, jangan lupa saksikan drama “Ulya Dini” di Astro okay?
Korang rasa sama tak wajah mereka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.