Ikuti Kami:

T.O.P Big Bang Memperingati Kematian Goo Hara Tetapi Dihentam Netizen Pula!

T.O.P Big Bang Memperingati Kematian Goo Hara Tetapi Dihentam Netizen Pula!

Kalau sesiapa yang mula meminati K-Pop pada awal tahun 2007, pasti anda mengetahui bahawa kumpulan-kumpulan yang popular pada ketika itu. Antara yang menjadi kegilaan orang ramai ialah TVXQ, Super Junior, Girls Generation, KARA, Big Bang dan banyak lagi!

k-pop

Ahli kumpulan ini semua juga merupakan rakan baik kerana mereka sering bertemu di rancangan hiburan dan juga program muzik. Disebabkan oleh kematian mengejut Goo Hara daripada kumpulan KARA, ramai antara mereka yang bersedih atas insiden itu.

Mungkin terkesan dengan berita tersebut, T.O.P daripada kumpulan BIG BANG telah memuat naik entri di laman Instagramnya bagi mengingati pemergian gadis itu. Menerusi posting itu, dia telah memuat naik beberapa tangkapan skrin perbualan terakhir mereka pada 5 November lepas.

goo hara t.o.p.

“Abang, mungkin sedikit terlambat, tetapi selamat hari jadi,” tulis Goo Hara, diiringi dengan emotikon gembira. Namun, T.O.P tidak membalas mesej gadis itu.

Kapysen T.O.P pada entri itu ialah,“Mesej terakhir daripada awak ialah ucapan hari jadi yang tidak dibalas oleh saya. Saya minta maaf, Hara. Semoga awak berehat di tempat yang lebih baik.”

Sebelum mesej ucapan hari jadi itu, Goo Hara turut menghantar pautan video muzik terbarunya iaitu “Midnight Queen”.

goo hara t.o.p.

“Abang, awak dah tengok belum? Tolong, tolong tonton video ini,” tulis gadis itu.

Kapsyen yang ditulis T.O.P pada tangkapan skrin itu berbunyi, “Semasa waktu perdananya, dia mempunyai impian yang banyak dan hatinya yang penuh dengan keghairahan terhadap kerja dan muzik, sangat lembut. Hara merupakan budak yang baik.”

t.o.p dikritik netizen

Walaupun T.O.P hanya memuat naik entri tersebut untuk mengingati Hara, ada netizen yang tidak berpuas hati dengannya kerana tidak membalas ucapan hari jadi gadis itu.

“Kenapa dia tak balas… Adakah dia sangat sibuk sampaikan dia tiada masa untuk menaip ‘terima kasih’ apabila Hara ucap selamat hari jadi? Bayangkan anda ucap selamat hari jadi pada seseorang tetapi dia buat tidak endah sahaja. Apa perasaan awak?”

“Kenapa dia tak balas? Kalau ia dihantar pada 4 November, maknanya T.O.P buat tak endah padanya selama 20 hari.”

“Dia hanya perlu mengucapkan ‘rest in peace’. Perlukah dia menunjukkan bahawa dia telah buat tidak endah sahaja dengan mesej Hara? Kenapa tunjuk berlagak? Saya cuba untuk tapis ayat tapi saya tidak boleh apabila ia adalah tentang T.O.P.”

“Adakah awak bangga dengan ini? Tinggalkan mesejnya tanpa balasan?… Sangat kasihan.”

goo hara t.o.p big bang

Pun begitu, ada sahaja netizen yang menyelar komen yang mengkritik tindakan T.O.P tidak membalas mesej Hara itu.

“Semoga dia bersemadi dengan aman. T.O.P kehilangan dua orang rakan dalam masa dua bulan, saya pasti dia juga sedang bersedih. Tolonglah berhenti tinggalkan komen buruk.”

“Dia balas atau pun tidak… tinggalkan mesej tersebut tanpa balasan bukanlah penyebab kepada kematian Hara… jadi tolonglah hentikan komen jahat pada T.O.P.”

“Orang sudah mula semula dengan komen jahat walaupun dah dua orang mati kerananya, tsk tsk.”

Sumber: Allkpop, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...