Ikuti Kami:

“Sweet” – Moon Gayoung Tak Selesa Pakai Baju Tayang Badan, Tindakan Baik Doyoung NCT Tular

“Sweet” – Moon Gayoung Tak Selesa Pakai Baju Tayang Badan, Tindakan Baik Doyoung NCT Tular

Patutlah ramai yang menyukai Doyoung dari NCT127!

Terbaru, idola itu telah menghadiri pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana di Milan, Itali selaku duta jenama berkenaan bersama Moon Ga-young.

Rata-rata peminat memberikan perhatian terhadap pakaian yang dikenakan oleh Moon Ga-young di mana ianya agak terdedah di seluruh badan dek kain ‘see-through’ yang digayakannya. Malah bahagian bawah dada pelakon itu turut terdedah hingga meningkatkan sisi seksinya.

Tapi cuaca tidak berpihak pada mereka apabila hujan turun tak berhenti selepas acara itu tamat dan suhu menurun hingga ke bawah 10 darjah Celcius. Walau bagaimanapun, Doyoung bertindak cepat dengan memberikan jaket hitam dipakainya buat Moon Ga-young supaya pelakon itu tidak kesejukan selain dapat menutup bahagian badan yang terdedah.

Netizen Korea yang melihat tindakan pantas dan sisi ‘gentleman’ Doyoung itu membanjiri pujian buatnya,

Wow, manisnya dia.

 

Saya tak kenal dia, tapi saya mempunya pandangan yang baik mengenainya kini. Saya akan dengar lagunya apabila ianya keluar nanti.

 

Baiknya Doyoung.

 

Tapi mana jaket yang dipakai Moon Ga-young pada awalnya?

 

Pertama kali melihat Doyoung, dan saya dah jatuh cinta dengannya.

doyoung moon gayoung

Bagi yang tidak mengetahui, tema yang diangkat oleh pertunjukan fesyen jenama itu buat kali ini ialah pakaian dalam (lingerie). Oleh itu, Moon Ga-young diminta memakai salah satu rekaan fesyen untuk tema berkenaan di mana set yang sama turut digayakan oleh model terkenal, Naomi Campbell di atas runway.

Baiknya Doyoung!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...