Ikuti Kami:

Suzy Tampil Dalam Teaser Muzik Video Terbaru PSY ‘CELEB’

Suzy Tampil Dalam Teaser Muzik Video Terbaru PSY ‘CELEB’

Umum sangat mengenali penyanyi lelaki terkenal PSY, yang kini bernaung di bawah syarikat miliknya sendiri P Nation. Terbaru, khabarnya dia telah berkolaborasi bersama seorang penyanyi terkenal dalam muzik video terbarunya.

Muzik video teaser untuk single ke-3 “CELEB” telah dimuat naik di akaun Youtube rasmi (officialpsy) yang turut tersenarai dalam album ke-9 PSY, “CHEAP 9” yang bakal dilancarkan pada 29 April ini melalui akaun rasmi P NATION. psy suzy“CELEB” merupakan lagu terbaru yang dilancarkan untuk tontonan peminat untuk ‘Psy Drenched Show – Summer Swag 2019’. Tambahan pula, kemunculan penyanyi dan pelakon terkenal, Suzy dalam muzik video teaser terbaru PSY telah berjaya meraih perhatian peminat dan ianya menjadi satu topik hangat.

Dalam teaser muzik video tersebut , Suzy menunjukkan karisma yang menggoda dan berjaya menyerlahkan bakat menarinya dalam muzik video “CELEB” tersebut.

Melalui satu muat naik melalui akaun Instagram rasmi, (@pnation.official), P Nation telah berkongsi senarai lagu bagi album ke-9 terbarunya. “CELEB” ialah lagu yang ditulis dan digubah oleh PSY dan Zico tiga tahun lalu. Kerjasama istimewa antara PSY, Zico dan Suzy yang akhirnya dilancar dan sudah memikat mata dan telinga pendengar.

Nantikan pelancaran album penuh “CHEAP 9” PSY tidak lama lagi okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...