Ikuti Kami:

“Suzy & Park Eunbin Lagi Murah” – Tiket Mahal, Pejumpaan Peminat Kim Goeun Dilanda Kontroversi

“Suzy & Park Eunbin Lagi Murah” – Tiket Mahal, Pejumpaan Peminat Kim Goeun Dilanda Kontroversi

Secara tiba-tiba, nama Kim Go-eun menjadi sebutan ramai kini kerana satu berita yang kurang menyenangkan.

Khabarnya, ramai yang kurang berpuas hati apabila harga tiket perjumpaan peminat pelakon itu terlalu mahal jika dibandingkan dengan pelakon lain. Bakal berlangsung pada 15 Oktober ini, setiap kerusi dijual pada harga 88,000 won (RM283).

Biasanya harga tiket untuk perjumpaan peminat pelakon Korea hanyalah pada anggaran 30,000 (RM96) hingga 50,000 won (RM160) sahaja. Tak lama dahulu, tiket untuk perjumpaan Park Eun-bin dijual pada harga 55,000 (RM177), sama dengan nilai yang ditawarkan buat Suzy manakala Sooyoung Girls’ Generation hanya dijual pada harga 33,000 won (RM106).

kim goeun

Bukan itu sahaja, perjumpaan peminat Lee Jong-suk dibuka dengan harga 55,000 won (RM177) manakala Lee Je-hoon pula memasarkan tiketnya pada harga 66,000 won (RM212) untuk paras bawah dan 55,000 won (RM177) untuk paras atas.

Pun begitu, tiket perjumpaan peminat Kim Go-eun sudah pun habis terjual meskipun dilanda kontroversi.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...