Ikuti Kami:

Susulan Pengisytiharan Undang-Undang Tentera, Beberapa Aktiviti Hiburan Dibatalkan Hari Ini Bagi Isu Keselamatan

Susulan Pengisytiharan Undang-Undang Tentera, Beberapa Aktiviti Hiburan Dibatalkan Hari Ini Bagi Isu Keselamatan

Korea Selatan telah dikejutkan dengan pengumuman dari Presiden Yoon Seok-yeol untuk melaksanakan Undang-Undang Tentera.

Disebabkan itu, beberapa aktiviti hiburan harus dibatalkan bagi isu keselamatan, meskipun Perlembagaan Korea Selatan telah menarik semula perintah Pengisytiharan Undang-Undang Tentera, dengan menerima undian majoriti dari Ahli Parlimen.

Menurut laporan, pasukan drama Netflix “The Trunk” menyatakan bahawa temu bual bersama Gong Yoo dan Seo Hyun-jin yang sepatutnya berlangsung hari ini, telah dibatalkan.

Selain itu, pelakon Kim Jae-young, Nam Yoon-su dan Jung Eun-chae juga telah membatalkan penampilan mereka untuk sesi bergambar di acara sebuah jenama barang kemas.

martial law korea

Bukan itu sahaja, Jo Malone London melaporkan bahawa mereka juga akan membatalkan acara mereka hari ini, yang sepatutnya dihadiri oleh Kim Soo-hyun, Si-eun STAYC dan Yeo-reum WJSN.

Malahan pagi tadi, saluran KBS1, MBC dan SBS juga tidak menyiarkan program pagi mereka dan sebaliknya memaparkan berita khas mengenai kejadian yang berlaku di negara itu kini.

Semoga semua yang berada di Korea Selatan selamat..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...