Ikuti Kami:

Susulan Comeback, RED VELVET Umum Konsert Solo Luar & Dalam Talian Mac Ini

Susulan Comeback, RED VELVET Umum Konsert Solo Luar & Dalam Talian Mac Ini

Akhirnya! Setelah 2 tahun dan 3 bulan, RED VELVET akan mengadakan konsert solo pertama mereka.

Menurut SM Entertainment pada 21 Februari, RED VELVET akan menganjurkan konsert langsung khas bertajuk ‘2022 The ReVe Festival : Prologue’ pada 19 dan 20 Mac di Stadium Bola Baling SK Olympic di Seoul. Ini merupakan konsert solo pertama mereka sejak ‘Red Velvet 3rd Concert – La Rouge’ pada November 2019.

Selain itu, konsert tersebut akan disiarkan secara langsung dalam talian pada 20 Mac untuk peminat antarabangsa mereka, melalui platform Beyond LIVE. Tiket akan tersedia untuk ahli kelab peminat bermula dari 23 Februari jam 7 malam melalui Beyond LIVE, SMTOWN&STORE, dan Yes24. Tiket untuk orang ramai akan mula dijual mulai 25 Februari jam 7 malam.

Jangan lupa beli tiket tau ReVeluv!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...