Susuk Tubuh Langsing, Berat Badan & Ketinggian 5 Selebriti Korea Ini Buat Ramai Tak Percaya
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Kebanyakan selebriti di Korea sangat terkenal dengan kulit mereka yang cantik dan juga badan langsing yang sentiasa menjadi idaman.
Bagaimanapun, beberapa selebriti di bawah ini telah mengejutkan ramai dengan susuk tubuh mereka yang sangat kurus tambahan pula dengan ketinggian yang mengagumkan.
Shin Yeeun

Pertama sekali adalah Shin Ye-eun. Bukan sahaja seorang pelakon berbakat, kecantikan wanita itu juga sering meraih pujian ramai.
Sebelum ini, pelakon “The Glory” itu pernah berkongsi di Instagram Story, menunjukkan berat badannya 47kg dengan ketinggian 168.7cm!
Jeon Somi

Mempunyai ketinggian 172cm, Jeon So-mi juga secara konsisten telah membuatkan ramai terkejut dengan berat badannya yang rendah iaitu hanya 46.6kg.
Lim Jiyeon

Sering mendapat perhatian dengan pinggangnya yang langsing, Lim Ji-yeon pernah berkongsi dalam satu temu bual bahawa tingginya adalah 167cm, dengan berat badan 47.5kg.
Sungjong INFINITE
[IG] 230104 INFINITE Sungjong Instagram Update (Story)
“Finally😭
Succeeded in gaining 6kg 🔥”#인피니트 #성종 #이성종 pic.twitter.com/LTAszKs2ER— INFINITE INFO (Semi-Hiatus) (@ifntinfo) January 4, 2023
Sung-jong juga turut tersenarai kerana mempunyai ketinggian yang menakjubkan iaitu 180cm namun, hanya dengan berat badan 50kg.
Bagaimanapun, lelaki itu akhirnya berkongsi bahawa dia telah berjaya menambah 6kg berat badannya kini.
Roh Jeongeui

Dalam sidang akhbar baru-baru ini untuk “Badland Hunters”, Roh Jeong-eui berkongsi bahawa dia bekerja keras untuk menjayakan wataknya dalam filem itu dengan menurunkan berat badan sehingga 39kg hingga 40kg, dengan ketinggiannya 165cm.
Paling penting, korang kena jaga kesihatan tau!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




