Umum mengetahui bahawa Haha, Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook mempunyai hubungan yang mendalam setelah berbelas tahun muncul bersama dalam rancangan hiburan.
Dalam episod terbaru “Dolsing Fourmen”, Haha berkongsi lebih mengenai hubungan mereka yang akrab.
Turut disertai Byul, ahli program itu bertanya kepada wanita itu siapakah Haha yang akan selamatkan sekiranya Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook lemas. Jawab Haha,
Bunuh sahaja mereka berdua.
Balas isterinya,
Susahnya, mati je lah sayang.
Apabila diminta untuk memilih satu, Byul menyebut nama Kim Jong-kook,
Pastinya ramai orang yang akan menyelamatkan Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook biasanya yang akan uruskan hal seperti ini.
Bukan itu sahaja, Haha turut berkongsi cerita mengenai kisahnya bergaduh dengan Yoo Jae-suk suatu ketika dahulu. Katanya, dia pernah menghubungi lelaki itu ketika mabuk dan memarahinya dengan nada yang kuat.
Pun begitu, keduanya kembali berbaik apabila keesokan harinya Yoo Jae-suk datang melutut memohon kemaafan pada lelaki itu.
Memang pasangan kelakar!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉