Ikuti Kami:

“Susah Sangat Ke Nak Lambai?” – Kelakuan Dikritik Tak Sopan, V BTS Mohon Maaf

“Susah Sangat Ke Nak Lambai?” – Kelakuan Dikritik Tak Sopan, V BTS Mohon Maaf

Menjadi seorang idola yang sering mendapat perhatian ramai, pasti kadangkala ada orang yang kurang ‘senang’ dengan tingkah laku yang dipaparkan.

Terbaru pada 28 Jun, V BTS telah tiba di Korea melalui Pusat Penerbangan Perniagaan Gimpo selepas menghadiri pertunjukan fesyen ‘Celine’ di Paris. Idola itu sepatutnya mendarat pada pukul 7:55 pagi tetapi tiba pada pukul 11:20 pagi, kerana penerbangannya tertangguh.

Bagi menyambut kepulangannya ke tanah air, ramai peminat serta jurugambar telah menunggu V di luar pusat penerbangan sejak awal pagi lagi dengan penuh rasa teruja.

Namun, perasaan teruja bertukar menjadi duka apabila V terus segera masuk ke dalam kereta sebaik pintu dibuka, tanpa menyapa atau melambai kepada wartawan dan peminat yang setia menunggunya.

Selepas video ketibaan V itu tersebar, ianya terus menjadi perdebatan antara netizen dek kelakuannya yang dianggap kurang sopan.

Tidak lama kemudian, V membuat permohonan maaf di laman komuniti Weverse dan turut memuat naik foto langit malam di Paris sebagai buah tangan kepada peminat.

Wartawan dan ARMY, saya minta maaf kerana terus masuk ke dalam kereta. Anda menunggu lama, bukan? Saya telah membawa hadiah.

Walaupun V telah meminta maaf, masih ada netizen Korea yang mengkritik sikapnya dan meninggalkan komen seperti,

Saya berasa malu untuknya.

 

Susah sangat ke nak cakap ‘hai’?

Namun, ada juga peminat yang membela idola kesayangan mereka itu,

V selalu sapa peminat. Mungkin hari ini dia letih.

 

Dia tak perlu minta maaf. Dia penat, jadi dia boleh terus pulang ke rumah.

bts v

Mungkin V penat kot. Lama tau penerbangan dari Paris ke Korea Selatan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...