Ikuti Kami:

“Susah Nak Luahkan..” – Park Bogum Menangis Beri Ucapan Buat Peminat

“Susah Nak Luahkan..” – Park Bogum Menangis Beri Ucapan Buat Peminat

Selepas keluar tentera, Park Bo-gum sedang aktif menemui peminat menerusi pelbagai projek kini.

Baru-baru ini, Park Bo-gum telah muncul sebagai tetamu dalam program “Salon Drip 2” di YouTube, bagi mempromosikan filem barunya “Wonderland”.

Khususnya, “Wonderland” ialah filem sci-fi yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan orang yang telah meninggal dunia menerusi perkhidmatan panggilan video.

Dalam program itu, pengacara Jang Do-yeon ada bertanya apakah yang lelaki itu ingin katakan kepada orang yang merinduinya bila dia dah tiada di dunia ini nanti. Respon Park Bo-gum,

Hmm..saya akan beritahu mereka, ‘Terima kasih! Awak telah melakukan yang terbaik!’ dan kata-kata yang menggalakkan seperti itu. Saya juga berterima kasih kepada mereka kerana menyayangi saya.

Sebelum menyambung lebih, lelaki itu terus menangis dan berkata,

Ada kalanya saya tidak dapat meluahkan segala yang saya rasa. Ada masanya..dan untuk membayangkan AI saya bercakap dengan orang yang saya tinggalkan, saya ingin ia memberitahu mereka bahawa saya menghargai cinta mereka untuk saya.

Ehh kenapa ternangis sekali ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...