Bakal membuat comeback pada bulan ini, Super Junior nampaknya dah sibuk siapkan pelbagai kandungan menarik buat peminat mereka.
Baru-baru ini, telah disahkan bahawa kumpulan itu menghadiri rakaman rancangan hiburan “Knowing Brothers” pada 3 Disember. Pun begitu, ketuanya iaitu Lee Teuk tidak dapat menyertai bersama dek masalah kesihatan.
Disebabkan setiap daripada mereka yang ‘gila-gila’, sudah pasti ramai yang tak sabar menantikan episod itu ditayangkan. Menurut laporan, episod bersama Super Junior akan ditayangkan pada 12 Disember nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.