Sunwoo & Taeoh Mula Perang Psikologi, ‘The World Of The Married’ Ubah Had Umur Kepada 19+ Hingga Episod Akhir

the world of the married 19+

Dah sampai ke separuh jalan, drama “The World Of The Married” berjaya menarik perhatian ramai peminat K-Drama dan juga bukan peminat. Kejayaannya nyata manis kerana drama khianat dan curang ini sudah berjaya meraih rating sebanyak 20% iaitu merupakan satu pencapaian yang baik buat naskhah yang ditayangkan di saluran kabel.

Disebabkan oleh temanya yang yang agak berat di antara pasangan berkahwin, pihak produksi “The World Of The Married” mengumumkan bahawa bermula daripada episod 9 hingga 16 nanti, mereka menaikkan had umur tontonan kepada 19 ke atas sahaja.

Separuh kedua ini drama ini menandakan titik permulaan perlawanan psikologi di antara Ji Sun-woo dan Lee Tae-oh. Perubahan hubungan dan konflik di antara kesemua watak yang berselirat akan mula terbongkar dalam situasi yang berbeza. Bagi merakamkan secara realistik konflik di antara setiap karakter, kami membuat keputusan untuk menaikkan had umur kepada 19+.

the world of the married 19+

Pihak produksi drama ini juga mengucapkan terima kasih kepada para penonton yang memberikan sokongan yang padu. Mereka juga menyatakan bahawa kesemua pendapat dan cadangan yang diutarakan akan dipertimbangkan oleh pihak drama “The World Of The Married”.

Separuh kedua naskhah ini bakal menyajikan penonton dengan babak yang tegang dan dramatik apabila Yeo Da-kyung mula gelisah melihat api cemburu Lee Tae-oh sehingga sanggup merangka pelbagai muslihat hitam untuk menyeksa mental bekas isterinya, Ji Sun-woo.

Nantikan babak yang lebih mendebarkan dalam “The World Of The Married” pada 24 April ini!

Leave a Reply