Ikuti Kami:

Suntingan Setaraf Filem Blockbuster, Bajet Siri ‘Moving’ Dianggarkan Lebih RM175 Juta

Suntingan Setaraf Filem Blockbuster, Bajet Siri ‘Moving’ Dianggarkan Lebih RM175 Juta

Dengan bajet yang besar, drama “Moving” telah berjaya menerima pujian penonton dengan plot dan suntingan yang hebat!

Baru-baru ini, penulis siri Disney+ “Moving” iaitu Kang Full telah terlibat dengan satu temu bual, di mana dia ada bercakap tentang kos pengeluaran untuk menghasilkan drama tersebut.

Sebelum ini, drama itu dipercayai mempunyai belanjawan pengeluaran sebanyak lebih 50 bilion won (RM175,852,519). Mengenai ini, Kang Full menjelaskan,

Sebenarnya, saya tidak tahu anggaran pengeluaran yang tepat. Kebimbangan terbesar saya ialah saya mempunyai banyak perkara yang ingin dilakukan tetapi saya tertanya-tanya sama ada bajet yang dikeluarkan mampu menampung semuanya.

disney+ moving

Sambungnya lagi,

Namun, pengarah Park In-je menyuruh saya menulis sahaja. Dia berkata ‘Bajet pengeluaran bukan perkara yang perlu dibimbangkan oleh penulis’. Saya sangat bersyukur. Jadi, saya melakukan semua yang saya mahu.

Siapa yang tonton “Moving” memang boleh nampak la drama ni dah hampir setaraf dengan filem blockbuster antarabangsa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...