Ikuti Kami:

Sunoo ENHYPEN Disahkan Positif COVID & Akan Tangguh Segala Aktiviti Masa Hadapan

Sunoo ENHYPEN Disahkan Positif COVID & Akan Tangguh Segala Aktiviti Masa Hadapan

Sunoo ENHYPEN telah disahkan positif COVID-19.

Pada 11 Februari, agensi ENHYPEN BELIFT LAB, telah mengumumkan bahawa Sunoo telah diuji positif untuk COVID-19, selepas mengalami simptom demam. Menurut agensi itu, dia kini tidak menunjukkan sebarang gejala lain selain batuk dan sakit tekak. Manakala enam ahli ENHYPEN yang lain, telah diuji negatif untuk COVID-19 setakat ini, dan mereka semua sedang menjalani kuarantin sendiri sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada asalnya, Sunoo dan Jung-won telah dijadualkan untuk mula mengacarakan rancangan radio EBS “Listen” bermula pada 13 Februari, yang merupakan persembahan pertama mereka sebagai DJ. Namun, ianya terpaksa ditangguhkan ke 20 Februari. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh BELIFT LAB:

Hello. Ini ialah BELIFT LAB.

Kami ingin memberi anda beberapa maklumat tentang ahli ENHYPEN Sunoo yang didiagnosis dengan COVID-19.

Sunoo mengalami demam dan terus pergi ke hospital pada hari Rabu 9hb dan segera pergi ke klinik terpilih untuk mengambil ujian PCR, selepas dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh kakitangan perubatan. Keputusan ujiannya kembali positif pada hari Khamis 10hb.

Sunoo telah pun menerima dua dos vaksin dan pada masa ini tidak menunjukkan sebarang gejala luar biasa selain batuk dan sakit tekak. Beliau kini menerima rawatan mengikut garis panduan pihak berkuasa penjagaan kesihatan.

Syarikat kami akan terus memberikan sokongan untuk pemulihan pesat Sunoo, meletakkan keutamaan tertinggi kami pada kesihatan dan keselamatan artis kami. Kami juga akan terus bekerjasama sepenuhnya dengan permintaan dan garis panduan pihak berkuasa penjagaan kesihatan. Terima kasih.

sunoo enhypen positif covid

Semoga cepat pulih Sunoo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...