Ikuti Kami:

Sunmi Tonjol Keakraban Bersama Dua Adik Lelaki Dalam Sesi Fotografi Majalah ‘ELLE’

Sunmi Tonjol Keakraban Bersama Dua Adik Lelaki Dalam Sesi Fotografi Majalah ‘ELLE’

Umum pasti mengetahui bahawa penyanyi, Sunmi sebelum ini bergerak bersama kumpulan Wonder Girls namun mula bergerak secara solo sejak 2014 lalu dan bernaung di bawah MakeUs Entertainment. Terbaru, Sunmi tampil dalam sesi fotografi bersama jenama majalah terkenal “ELLE” Korea.

Baru-baru ini majalah “ELLE” mendedahkan beberapa gambar yang menampilkan Sunmi dan dua adik lelakinya. Menurut majalah fesyen itu, ketiga-tiga mereka bergambar dengan konsep mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. Semasa sesi temu bual mereka selepas penggambaran bergambar, mereka memilih saat yang paling diingati pada zaman kanak-kanak mereka iaitu memori perjalanan mereka ke sekolah rendah bersama-sama.

Sunmi juga mempamerkan rasa sayangnya terhadap dua adik lelakinya dengan berkata,

Saya bangga dengan melihat adik bongsu saya Lee Seung-dong memanggil Lee Dong “abang”. Saya dapat melihat dia menghormati abangnya walaupun beza umur mereka hanya 2 tahun. Kedua-duanya membesar menjadi orang dewasa yang luar biasa.

 

sunmi

Sunmi dan dua adik lelakinya menunjukkan keakraban sebagai adik-beradik dengan baik dalam sesi fotografi untuk majalah “ELLE” Korea. Mereka dilihat sangat ‘natural’ dalam sesi fotografi tersebut dan tidak kelihatan janggal beraksi di hadapan kamera bersama-sama.

Comel kan hasil gambar mereka? Korang boleh la cuba ambil gambar macam Sunmi bersama adik-beradik korang untuk kenangan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...