Ikuti Kami:

Sungjong INFINITE Tinggalkan Woolim Entertainment Selepas 13 Tahun Bersama

Sungjong INFINITE Tinggalkan Woolim Entertainment Selepas 13 Tahun Bersama

Selepas satu demi satu, akhirnya Sungjong jadi ahli seterusnya yang meninggalkan agensi Woolim Entertainment selepas 13 tahun bersama.

Berita itu diumumkan menerusi akaun Instagram rasminya,

Hello, ini ialah Sungjong INFINITE. Saya akan meninggalkan Woolim Entertainment, di mana saya sudah bersama mereka untuk jangka masa yang lama untuk menyahut cabaran baru. Terima kasih buat CEO Lee Jong-yeop dan keluarga Woolim Entertainment yang gelak bersama saya ketika bergembira dan menangis bersama sewaktu berasa sedih dan bertahan dengan saya ketika waktu yang sukar, selama 13 tahun sejak saya menjadi pelatih lagi. Saya tidak akan meluapakan jasa ini, Dan buat Inspirit yang memberikan kasih sayang yang tiada batas, buat ahli lain, saya sentiasa bersyukur dan saya sayangkan awak. Saya akan sentiasa bersama awak. Bersama.

Pada masa hadapan, saya akan membalas kasih sayang peminat menerusi aktiviti yang lebih banyak sebagai ahli INFINITE dan sebagai Lee Sung-jong. Terima kasih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sungjong_infinite (@ssongjjong.ifnt)

Malah Woolim Entertainment turut mengesahkan berita ini selain memberikan kata-kata sokongan buat Sungjong yang bakal menempuji alam baru.

Dengan pengumuman Sungjong ini, hanya tinggal Woohyun sahaja ahli INFINITE yang masih di bawah naungan syarikat itu.

Fighting Sungjong!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...