Meskipun sibuk dengan “Jirisan” sebelum ini dan “Ghost Doctor” kini, namun Sung Dong-il sudah pun merebut projek lakonan baru.
Menurut laporan, pelakon hebat itu akan menjadi antara teraju utama untuk drama misteri fantasi iaitu “Late Night Photo Studio”. Ia bakal dihasilkan oleh syarikat perfileman Dorothy yang pernah bertanggungjawab menghasilkan “Goedam” sebelum ini.
Drama ini berkisar mengenai Lee Jin-woo, seorang pewaris studio foto yang sedang merosot selain turut bekerja sebagai jurufoto berita. Apabila menghidupkan lampu pada saban malam di studio itu, dia mendapati terdapat tetamu misteri yang keluar masuk tempat itu.
Sung Dong-il akan membawa watak Mr. Choi iaitu pemilik kedai dobi dan pusat kaunseling psikologi yang terletak bersebelahan studio itu. Dia juga merupakan ayah kepada seorang anak perempuan yang suka mengambil tahu mengenai orang lain.
Pihak produksi dikhabarkan masih lagi sedang mencari pelakon untuk membawa watak Lee Jin-woo. Dalam pada itu, “Late Night Photo Studio” akan memulakan penggambaran pada tahun ini selepas kesemua barisan pelakon dilengkapi.
Pun begitu, masih belum ada maklumat lanjut seperti stesen penyiaran atau pun platform yang bakal menyiarkan drama ini.
Busy betul Sung Dong-il!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.