Ikuti Kami:

Sumpahan 7 Tahun, BLACKPINK Bakal ‘Hilang’ Selepas Konsert Finale ‘BORN PINK’?

Sumpahan 7 Tahun, BLACKPINK Bakal ‘Hilang’ Selepas Konsert Finale ‘BORN PINK’?

Peminat semakin risau apabila masih lagi tiada khabar baru mengenai pembaharuan kontrak BLACKPINK bersama YG Entertainment.

Menurut laporan media, urusan kontrak ini menghadapi masalah kerana Lisa sepertinya masih belum bersetuju dengan bayaran yang diberikan agensi berkenaan. Katanya, wanita dari Thailand itu sudah pun beberapa kali menolak untuk memperbaharui kontrak yang yang mencapai harga 50 bilion won.

Menjanjikan kemas kini terbaru mengenai hal kontrak itu pada September sejak Julai lalu, namun YG Entertainment lebih senang mendiamkan diri kini meskipun sudah mencapai pertengahan bulan.

Malah ada yang meluahkan kerisauan sekiranya ahli BLACKPINK memilih untuk membawa haluan sendiri dan persembahan terakhir mereka sebagai kumpulan ialah pada ketika persembahan finale ‘BORN PINK’ di Gocheok Dome nanti.

blackpink

Ulas seorang wakil dalam industri,

Kumpulan itu akan berehat tanpa tempoh yang tetap dan menunda aktiviti selepas konsert jelajah mereka tamat.

Bukan itu shaja, ramai yang tertanya-tanya mengenai komen mereka mengenai ‘niat’ di konsert Singapura baru-baru ini. Kata Rosé, BLACKPINK tidak akan ke mana-mana dan menerima sokongan peminat namun Jennie menyebut bahawa ini adalah ‘kali terakhir; mereka sebelum persembahan finale di Seoul nanti.

Hmmm.. apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...