Sepertinya drama di ENA agak sukar untuk mencapai rating yang baik kini terutamanya “Summer Strike”.
Artikel Berkaitan
Ia mengisahkan mengenai kisah cinta antara seorang lelaki dan wanita yang berhenti meneruskan perjalanan karier mereka di kita dan berpindah di kampung untuk berehat.
Ketika episod pertama ditayangkan pada 21 November, “Summer Strike” merakamkan rating sebanyak 0.633%. Malah ianya menunjukkan penurunan yang ketara kepada 0.34% ketika episod ke-5.

Walaupun ditayangkan di saluran kabel iaitu ENA, namun ia tidak mampu mengikut langkah hebat yang ditinggalkan oleh drama lain seperti “Extraordinary Attorney Woo” dan “Good Job”.
Bukan itu sahaja, respon yang diterima di YouTube juga hanya suam-suam kuku juga, Bahkan trailer yang dimuat naik beberapa minggu lalu hanya mampu meraih tontonan sebanyak 380,000 dan kandungan lain tidak mampu melepasi 150,000 tontonan selain skrip bacaan Kim Seol-hyun hanya ditonton 800 orang sahaja.
Hmmm… mungkin rating akan naik nanti kot..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




