Pengarah Jang Tae-yu dari “Flower That Bloom At Night” sangat memuji lakonan Honey Lee.
Untuk pengetahuan, “Flower That Bloom At Night” membawa kisah dua kehidupan berbeza seorang wanita yang 15 tahun menjanda di mana dia kelihatan tenang di siang hari namun membantu golongan memerlukan di malam hari. Ia dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Honey Lee, Lee Jong-won, Park Se-hyun dan ramai lagi.
Menjelang siaran pertama, pengarah Jang Tae-yu menyatakan kebanggaannya terhadap pelakon wanita tersebut dengan berkata,
Honey Lee menjadikan komedi ini benar-benar lucu. Sukar untuk mencari pelakon yang dapat mengendalikan adegan aksi seperti mana Honey Lee lakukan sekarang.
Tambahnya lagi, hasil gandingan antara Honey Lee dan Lee Jong-won menambah lagi keberkesanan drama itu seperti mana yang dia inginkan. Dia juga menyatakan harapannya supaya “Flower That Bloom At Night” akan diingati sebagai drama yang menyebarkan banyak meme dan boleh menceriakan hari penonton.
Selain itu, drama ini dijadualkan tayangannya pada 12 Januari ini.
Macam menarik je plot drama ni.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.