Ikuti Kami:

“Sukar Untuk..” – Bakal Kembali Dengan Musim Baru, Ahn Bohyun Dikata Tak Kan Muncul Dalam ‘Flex x Cop 2’?

“Sukar Untuk..” – Bakal Kembali Dengan Musim Baru, Ahn Bohyun Dikata Tak Kan Muncul Dalam ‘Flex x Cop 2’?

Ahn Bo-hyun telah memberikan respon mengenai penglibatannya dalam musim ke-2 drama “Flex x Cop”.

Pada 19 Mac yang lalu, Ahn Bo-hyun telah ditemu bual oleh pihak media. Di mana, dia telah menceritakan serba sedikit mengenai penglibatannya dalam drama “Flex x Cop”.

Ketika ditanya mengenai musim ke-2 drama itu, Ahn Bo-hyun telah berkata,

Saya ada dengar berita mengenai pengeluaran musim 2. Sejujurnya, masa penggambaran, saya sering menyatakan bahawa saya nak muncul dalam musim 2 drama ini. Tapi, saya tak tahu sama ada ianya akan jadi kenyataan atau tidak.

Tambahnya,

Jadi, saya sangat terharu bila saya baca berita mengenai pengeluaran musim 2 ‘Flex x Cop’. Saya harap sangat bahawa kita dapat buat musim 2 tanpa menukar pelakon dan juga kakitangan.

ahn-bohyun

Sambungnya lagi,

Tapi, ianya bukan mudah untuk mengatur kembali jadual aktiviti yang telah dibuat. Jadi, saya tak pasti sama ada saya akan terlibat sama atau tidak dalam musim ke-2 ‘Flex x Cop’. Saya benar-benar mahu melakukannya.

Sementara itu, “Flex x Cop” mengisahkan tentang seorang lelaki kaya yang menjadi detektif dan menyelesaikan pelbagai kes-kes yang sukar.

Dalam drama ini, Ahn Bo-hyun telah memegang watak sebagai pewaris keluarga Chaebol yang bernama Jin I-soo.

Alaa siapa nak jadi I-soo dah kalau bukan Ahn Bo-hyun..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...