Ikuti Kami:

“Sukar Nak Bertahan Kini..” – Terlalu Banyak Program, Yoo Jaesuk Luah Perasaan

“Sukar Nak Bertahan Kini..” – Terlalu Banyak Program, Yoo Jaesuk Luah Perasaan

Bukan senang apabila orang lama perlu mengadaptasikan diri dengan media baru dan moden.

Dalam episod terbaru “Pinggyego”, Yoo Jae-suk telah bercerita mengenai perubahan persekitaran kandungan hiburan kini. Katanya, dia menyangka bahawa ia sesuatu yang baik pada awalnya kerana menganggap bahawa akan ada lebih banyak peluang kerja,

Tapi agak sukar untuk menjadi topik panas bila terlalu banyak kandungan.

yoo jaesuk Jelasnya,

Kalau dulu, apabila da projek yang popular, ianya akan menjadi topik hangat selama setahun. Tapi kini, program yang hebat pun tak boleh bertahan selama beberapa bulan.

Yoo Jae-suk kemudiannya menunduk dan berkata,

Saya sangat bersyukur kerana dapat bekerja selama ini dalam satu bidang yang terdapat banyak perubahan. Terima kasih.

Dalam pada itu, Yoo Jae-suk muncul dalam pelbagai program kini seperti “How Do You Play”, “Running Man”, “You Quiz On The Block” dan “Pinggyego”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...