Ikuti Kami:

Suka Makan Ais Krim & Jajan, Mimi OH MY GIRL Kongsi Tips ‘Diet’ Untuk Kekal Berat Badan

Suka Makan Ais Krim & Jajan, Mimi OH MY GIRL Kongsi Tips ‘Diet’ Untuk Kekal Berat Badan

Mimi OH MY GIRL baru-baru ini telah memuat naik video soal jawab di saluran YouTube peribadinya “MimPD”!

“MimPD” ialah saluran YouTube Mimi, dia mana dia berkomunikasi dengan peminat, dengan menunjukkan detik kehidupan hariannya dan kandungan ‘mukbang’ di situ. Tidak seperti idola lain yang kebiasaannya melakukan diet ‘ketat’ untuk kekal cergas, Mimi dilihat menikmati makanan berkalori tinggi, seperti roti, aiskrim, tteokbokki, ayam, dan lain-lain dalam video ‘vlog’nya. Dia juga mengejutkan semua orang dengan mendedahkan bahawa dia boleh makan sehingga 15 ais krim.

Baru-baru ini, dalam video soal jawab yang dimuat naik Mimi, dia berbual dengan peminat dan memberitahu mereka tentang cara dia mengekalkan bentuk badannya yang langsing. Memandangkan penyanyi itu dilihat sering memakan makanan berkalori tinggi, peminat meminta petua dietnya.

mimi oh my girl

Dia pada awal sekali memberitahu bahawa elakkan untuk makan selepas jam 6 petang, bagi menurunkan berat badan. Dia juga mengomel kepada peminat untuk sentiasa bersenam.

Selain itu, Mimi turut mendedahkan bahawa dia mengekalkan berat badannya dengan menari, melakukan senaman ‘Pilates’, dan bermain tinju dengan kerap. Dia tidak berehat di rumah dan sering melakukan senaman seperti ‘planks’. Mimi juga baru-baru ini telah mula belajar gimnastik artistik. Memandangkan tahun ini adalah ulang tahun debutnya yang ke-7, idola wanita itu tidak kehilangan matlamat asalnya dan masih bekerja keras untuk menjaga tubuhnya.

Netizen memuji Mimi, mengetahui bahawa dia telah membakar semua kalori yang dimakan, dengan senaman dan aktiviti yang luar biasa.

mimi oh my girl diet tips

Yang paling penting ialah disiplin kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...