Ikuti Kami:

Suhu Badan Ji Changwook Tidak Boleh Melebihi 33°C?

Suhu Badan Ji Changwook Tidak Boleh Melebihi 33°C?

Selepas sahaja tamat latihan khidmat ketenteraan yang diwajibkan ke atas semua lelaki Korea, ramai ternanti-nanti naskhah terbaru yang akan diterajui oleh pelakon lelaki terkenal Ji Changwook. Setelah dua tahun menyepi, sudah pasti ramai penonton K-Drama yang rindu ingin melihat muka kacak lelaki itu menghiasi skrin televisyen mahupun komputer riba mereka.

Ji Changwook ini sememangnya dilahirkan untuk berlakon! Kesemua drama yang dilakonkannya pasti menjadi buah mulut penonton, contohnya drama seperti ‘Empress Ki’ (2013), ‘Healer’ (2014), ‘The K2’ (2016), dan ‘Suspicious Partner’ (2017). Tak kisahlah babak aksi mahupun romantik, lakonannya tidak pernah mengecewakan!

Terbaru, Ji Changwook mengumumkan bahawa dia akan kembali ke dunia lakonan menerusi drama ‘Melting Me Softly’ di mana cerita ini menekankan hubungan romantik di antara seorang lelaki dan perempuan yang menyertai satu projek pembekuan manusia selama 24 jam. Tapi yang misterinya apabila mereka sedarkan diri, keduanya sudah berada 20 tahun kehadapan.

melting me softly

Kesan sampingan daripada projek itu, suhu badan mereka berdua tidak boleh melebihi 33°C dan mereka mesti mengawal kondisi tubuh badan mereka untuk kekal hidup. Jadi, wataknya sahaja yang mengalami masalah ini. Ji Changwook dalam kehidupan sebenar sihat sahaja! (tajuk untuk tujuan umpan)

won jinah ji changwook

Turut menyertai Ji Changwook ialah pelakon wanita Won Jinah. Mereka berdua telah diberikan tanggungjawab untuk mengemudikan drama ini. Kalau nak tahu, Ji Changwook terkenal sebagai seorang pelakon yang pandai memilih drama lakonannya, Jadi nak tahu sama ada pilihan Ji Changwook ini menjadi, jangan lupa saksikan drama ini bermula 28 Sepetember ini di saluran tVN!

Sumber: Kpopmap

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...