Gah ya barisan pelakon “Reborn”!
Drama ini akan membawa kisah seorang lelaki yang mengingati kisah lampaunya dan sudah ada beberapa nama yang disebut sebagai teraju utamanya.
Sebelum ini, Byun Yo-han dilaporkan akan melakonkan watak Baek Beom, seorang pegawai polis yang boleh melihat masa lampau orang lain manakala Esom sebagai Rose Miller yang boleh mengingati 12 kehidupan lampaunya.
Terbaru, media mendedahkan bahawa Suho EXO juga ada menerima tawaran untuk membintangi “Reborn” di samping Byun Yo-han dan Esom.
Nantikan maklumat lanjut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.