Ikuti Kami:

Suga & Jimin BTS Tawan Bukit Bintang Dengan Samsung Flip Town

Suga & Jimin BTS Tawan Bukit Bintang Dengan Samsung Flip Town

Baru-baru ini Samsung telah melancarkan siri terbaru telefon pintar Galaxy Z yang dinanti ramai iaitu Z Flip5 dan Z Fold5. Pra tempahan telah dibuka sejak awal bulan dan akan berakhir 17 Ogos ini. [KLIK SINI]

Bagi memberikan peminat Samsung pengalaman awal menggunakan Z Flip5 dan Z Fold5, Samsung Malaysia telah ‘menawan’ kawasan segitiga emas di ibu negara iaitu Bukit Bintang menjadi Flip Town.

Eksperimentasi Dengan Siri Galaxy Z

Galaxy KD

Kalau sebut je Bukit Bintang mesti terbayang makanan-makanan viral dan hot spot untuk bergambar kan?

Bagi mempromosikan siri Galaxy Z, Samsung telah menukar kawasan ini menjadi Flip Town, di mana pengguna atau sesiapa saja yang ingin merasai pengalaman menggunakan Z Flip5 dan Z Fold5 boleh datang dan loan telefon pintar ini buat sementara waktu. 

Untuk pengetahuan kedua-dua model ni masih belum dijual di pasaran ya. Inilah masanya untuk korang FLEX!

Terdapat dua kawasan hot spot yang korang kena pergi sebab tempat yang dipilih sangat instagramable dan paling penting ada ahli BTS, Suga dan Jimin sebagai background.

Mulakan pengembaraan ke Optimist Coffee, Jalan Bukit Bintang sekarang hingga 13 Ogos (lorong ni terletak di bahagian belakang Lot 10).

Dekat sini ada background besar gambar Jimin BTS dan meriah dengan props bergambar yang cool.

Check out selfie box dan convex mirror serta rakamkan gambar atau video korang yang paling kreatif. Jangan lupa ambil stiker comel yang disediakan. 

Lepas tu, jalan sikit ke hadapan Pavilion Bukit Bintang dan korang akan nampak Flip Town Experiential Zone (sehingga 16 Ogos) berdekatan pintu masuk utama. Dari jauh korang dah dapat lihat Suga BTS sedang memegang Z Fold5. 

Inilah masanya untuk unfold kreativiti korang dengan FlexCam bersama siri Galaxy Z.

Maklumat lanjut tentang Samsung Flip Town, klik SINI.

Jangan lupa kongsikan gambar atau video korang di media sosial dengan hashtag #GalaxyZFlip5, #GalaxyZFold5, #JoinTheFlipSide, #MYFlipTown, dan ikuti serta tag @GalaxySpaceMY dan @samsungmalaysia.

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...