Ada kemas kini terbaru mengenai isu pandu skuter di bawah pengaruh alkohol yang melibatkan Suga BTS.
Baru-baru ini, wakil dari Mahkamah Daerah Seoul Barat telah mengeluarkan perintah ringkas iaitu denda sebanyak 15 juta won (RM 47,132.85) kepada Suga, yang telah melanggar Akta Trafik Jalan Raya kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Tambahan, jumlah denda yang dikenakan adalah sama dengan jumlah yang diminta oleh pihak pendakwaan sebelum ini.
Untuk pengetahuan, perintah ringkas ialah prosedur di mana denda dikenakan berdasarkan perbicaraan bertulis. Jika Suga tidak bersetuju, dia boleh meminta perbicaraan rasmi dalam masa 7 hari selepas menerima notis.
Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.