Terbaru pada 7 Ogos, Suga BTS dilapor sedang dalam siasatan selepas ditangkap menunggang skuter elektrik semasa mabuk.
Menurut laporan, Balai Polis Seoul Yongsan sedang menyiasat Suga atas tuduhan melanggar Akta Trafik Jalan Raya kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Menerusi sumber, penyanyi itu dilapor minum alkohol dan kemudian menunggang skuter elektrik di daerah Yongsan dan terjatuh di kawasan tersebut.
Selepas pegawai polis mendekatinya dan membantunya, mereka memberitahu bahawa Suga berbau alkohol dan terus memindahkannya ke balai berhampiran.
Sebagai respon, Big Hit Music menjelaskan,
Hello, ini Big Hit Music. Kami memohon maaf atas kemalangan yang melibatkan skuter elektrik Suga BTS.
Pada malam Selasa (6 Jun), Suga menaiki skuter elektrik sambil memakai topi keledar ketika pulang ke rumah selepas minum arak. Selepas perjalanan kira-kira 500 meter, dia terjatuh ketika ingin meletak kenderaan dan lesennya terus dibatalkan. Kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan dia pulang ke rumah di bawah pengiring polis.
Kami memohon maaf atas kekecewaan yang disebabkan oleh tingkah laku artis ini. Sebagai pekerja perkhidmatan sosial di tentera, dia akan menerima tindakan tatatertib yang sewajarnya.
Kami akan lebih berhati-hati untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku pada masa hadapan.
Terima kasih.
Omo..