Menurut laporan, Suga telah menderma sebanyak 5 bilion KRW (RM15,493,250) kepada Hospital Severance di Seoul.
Dengan kerjasama bersama hospital tersebut, dia merancang untuk menubuhkan ‘Pusat Rawatan Min Yoon-gi’, bagi membantu kanak-kanak dan remaja dengan gangguan spektrum austime.
Khususnya, Suga sentiasa memaklumkan bahawa dia mempunyai minat yang mendalam terhadap kesihatan mental terutamanya apabila ia berkaitan dengan kemurungan remaja dan telah mencari cara untuk membantu sejak itu.
Sementara itu, derma yang diberikan Suga ini adalah jumlah tunggal terbesar yang pernah disampaikan kepada bukan sahaja Hospital Severance, tetapi juga kepada Pusat Perubatan Yonsei, kerana kedua-dua hospital itu bergabung.
Ini baru betul ‘idola’ sebenar!